
Dapatkan penilaian awal oleh therapist berpengalaman supaya anda faham apa yang sebenarnya berlaku dan tindakan terbaik yang perlu dibuat.
Dipercayai Oleh 50+ Keluarga

Faham Isu Utama Anak
Mulakan dengan assessment untuk lihat corak sensori, fokus, motor, emosi dan rutin.
Panduan Praktikal di Rumah
Latihan susulan yang mudah dibuat bersama anak, membantu anda meneruskan bimbingan tanpa menambah beban harian.
50+ Kanak-Kanak
Telah dibantu membina potensi diri
4 Program Utama
OT, EIP, SRP & Playgroup
1+ Tahun Operasi
Pusat mesra keluarga di Enstek
Terapis Bertauliah
Berdaftar di bawah MAHPC




Sebagai ibu bapa, adalah normal untuk merasa bimbang apabila anak lambat berkembang. Mari kenal pasti cabaran yang dihadapi oleh anak anda supaya bantuan awal dapat diberikan.
Lambat bercakap?
Sukar memberi tumpuan?
Tidak respon apabila dipanggil?
Sering tantrum (mengamuk)?
Sukar berkawan atau bersosial?
Sukar mengikuti arahan?
Lambat membaca atau menulis?
Kami menawarkan pendekatan menyeluruh yang menggabungkan terapi profesional dengan bimbingan praktikal untuk ibu bapa.
Program intervensi yang disesuaikan khas mengikut profil dan keperluan unik perkembangan anak anda.
Dibimbing oleh pasukan terapis profesional yang mempunyai kelayakan bertauliah dalam bidang masing-masing.
Maklum balas berkala yang jelas supaya anda sentiasa maklum tentang kemajuan dan perubahan positif anak.
Kami bantu ibu bapa memahami strategi praktikal untuk meneruskan latihan susulan yang konsisten di rumah.
Laluan terapi yang tersusun, bermula dari penilaian saringan awal sehinggalah fasa berdikari.

Fokus JTC
Tingkah laku ialah petunjuk. Keperluan anak ialah punca yang perlu difahami.
Sukar duduk diam, mengamuk (tantrum), memilih makanan (picky eating), belum pandai pakai baju sendiri atau takut berkawan boleh berkait dengan sensori, motor, regulasi emosi, komunikasi atau keyakinan diri. JTC membantu keluarga melihat corak ini dengan lebih tersusun.
Sesi assessment awal membantu kita memahami keunikan kekuatan dan cabaran anak.
Program dirancang khas mengikut keupayaan semasa anak, bukan secara umum atau pukul rata.
Ibu bapa sentiasa menerima progress feedback berkala supaya latihan di rumah kekal berkesan.
Setiap program direka khas untuk memastikan anak anda mencapai potensi maksimum dalam persekitaran yang menyeronokkan.
Bantu anak lebih fokus, berdikari, dan mengurus aktiviti harian dengan lebih baik.
Bantu anak membina asas perkembangan penting sejak awal.
Bantu anak bersedia dari segi fokus, emosi, dan sosial sebelum masuk ke alam sekolah.
Bantu anak belajar bersosial, berkomunikasi, dan berkawan secara berkumpulan kecil.
Tahun-tahun pertama perkembangan anak adalah fasa yang paling kritikal. Sel-sel otak berkembang dengan sangat cepat dan lebih mudah menerima pembelajaran baru.
Sebelum usia 6 tahun, otak kanak-kanak mempunyai keplastikan (plasticity) yang tinggi, memudahkan pembetulan corak sensori dan motor.
Kelewatan perkembangan yang dibiarkan tanpa bimbingan boleh memberi kesan kepada persediaan sekolah dan pergaulan sosial anak.
Mengenal pasti cabaran awal membantu kami merancang pelan intervensi bertarget yang paling lembut dan sesuai dengan emosi anak.
Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk berkembang. Lihat perkembangan ketara mereka hasil usaha konsisten bersama terapis dan ibu bapa.
Ibu: Pn. Azrin
Cabaran Utama: Didiagnosis mild autism. Sebelum terapi: Kurang fokus, sukar bersosial, dan tidak boleh duduk diam.
Sebelum Terapi
Selepas Terapi
Keputusan mungkin berbeza mengikut profil dan konsistensi latihan anak di rumah.
Ibu: Pn. Nur Fazaliah
Cabaran Utama: Didiagnosis moderate autism. Sebelum terapi: Sukar memahami arahan dan lambat bertindak balas.
Sebelum Terapi
Selepas Terapi
Keputusan mungkin berbeza mengikut profil dan konsistensi latihan anak di rumah.
Ibu: Pn. Malina
Cabaran Utama: Didiagnosis severe autism (non-verbal). Sebelum terapi: Sukar berkomunikasi dan ibu bapa buntu cara mengurus tingkah laku.
Sebelum Terapi
Selepas Terapi
Keputusan mungkin berbeza mengikut profil dan konsistensi latihan anak di rumah.
Aliran kerja kami direka khusus bagi memastikan ibu bapa mendapat bimbingan yang jelas dan teratur sejak langkah pertama perundingan.
Pasukan pentadbiran JTC akan menyemak kebimbangan utama anda dan mengatur jadual assessment perkembangan awal yang bersesuaian.
Terapis bertauliah akan menilai profil perkembangan anak anda serta membentangkan laporan penilaian berserta cadangan program yang praktikal.
Kanak-kanak akan dipadankan dengan program berstruktur yang optimum seperti Terapi Cara Kerja (OT), EIP, SRP, atau Playgroup mengikut saranan terapis.

Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)
Kelayakan: Bachelor (Hons) Occupational Therapy (UiTM)
Pengalaman: Mengurus Kes Pediatrik & Neurologi
Kepakaran: Autism, ADHD & Sensory Integration

Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)
Kelayakan: Bachelor (Hons) Occupational Therapy (UiTM)
Pengalaman: Mengurus Kes Pediatrik
Kepakaran: Pediatric Cases & Floortime Approach

Pendidik Program Intervensi Awal (Educator)
Kelayakan: Bachelor of Counseling (Universiti Perdana Malaysia - UPM)
Pengalaman: Intervensi Awal & Kaunseling
Kepakaran: Early Intervention & Social Skills

Pendidik Program Persediaan Sekolah (Educator)
Kelayakan: Bachelor (Hons) Counseling (USAS)
Pengalaman: Kaunseling & Persediaan Sekolah
Kepakaran: School Readiness & Reading Methods

Pendidik Program Intervensi Awal (Educator)
Kelayakan: Bachelor (Hons) Special Education (UKM)
Pengalaman: Pendidikan Khas & Intervensi Awal
Kepakaran: Special Education & Early Intervention
Adakah perkembangan anak anda sejajar dengan usianya? Muat turun E-Book percuma kami: “7 Tanda Awal Anak Memerlukan Intervensi” serta Checklist Perkembangan fizikal, pertuturan, dan sensori kanak-kanak.