Format & waktu sesi
- Format sesi: 1-to-1.
- Tempoh sesi: 1 jam.
- Isnin-Jumaat: 9.00AM-6.00PM.
- Sabtu: 8.30AM-12.30PM.
Waktu sesi tertakluk kepada slot semasa JTC.
Memuatkan halaman...
Occupational Therapy ialah program intervensi untuk meningkatkan keberdikarian individu di pelbagai peringkat umur dalam kehidupan harian. Di JTC, sesi OT dijalankan secara 1-to-1 untuk memahami keperluan anak dengan lebih jelas.

Maklumat Rasmi Program
Occupational Therapy ialah program intervensi untuk meningkatkan keberdikarian individu di pelbagai peringkat umur dalam kehidupan harian. Di JTC, sesi OT dijalankan secara 1-to-1.
Waktu sesi tertakluk kepada slot semasa JTC.
Occupational Therapy atau Terapi Cara Kerja membantu meningkatkan keberdikarian, kemandirian dan penglibatan anak dalam aktiviti harian, pengurusan diri, pendidikan, bermain dan bersosial.
Pendekatan kami di JTC bukan sekadar memberi aktiviti rawak semasa sesi terapi. Kami merancang setiap langkah secara teliti dan berkongsi dengan anda, supaya anda tahu apa perkembangan yang sedang dibantu dan bagaimana untuk meneruskannya di rumah.

Fokus OT merangkumi sensori seperti picky eater, membaca dan menulis, fokus, tingkah laku, arahan, pengurusan diri, emosi, belajar, bermain, bersosial, tidur malam dan keyakinan diri.
Meningkatkan keberdikarian dan kemandirian anak dalam aktiviti harian seperti makan, berpakaian dan rutin diri.
Menyokong fokus, pembelajaran, membaca, menulis dan keupayaan mengikuti tugasan pendidikan.
Membantu anak mengurus cabaran sensori, emosi, tingkah laku dan kesediaan menyertai aktiviti harian.
Meningkatkan penglibatan anak dalam aktiviti bermain dan bersosial dengan lebih yakin.
Sekiranya anda mula perasan anak bergelut dengan mana-mana cabaran di bawah, penilaian awal dapat membantu memberikan kejelasan:
Anak mempunyai isu sensori termasuk memilih makanan atau sensitif terhadap rangsangan tertentu.
Anak bergelut dengan kemahiran membaca, menulis atau tugasan pra-akademik.
Anak mudah hilang tumpuan atau sukar menyiapkan tugasan.
Anak menunjukkan tingkah laku mencabar seperti agresif, mengamuk atau sukar dikawal.
Anak sukar memahami arahan atau mengikuti rutin harian.
Anak masih memerlukan bantuan besar dalam makan, berpakaian, kebersihan atau rutin diri.
Anak sukar mengawal emosi atau mudah kecewa dalam aktiviti harian.
Anak memerlukan sokongan tambahan untuk belajar dan memahami tugasan.
Anak belum meneroka permainan dengan sesuai atau hanya bermain secara berulang.
Anak menghadapi kesukaran berinteraksi dan membina hubungan dengan rakan sebaya.
Anak mempunyai cabaran rutin tidur malam yang menjejaskan fungsi harian.
Anak kurang yakin mencuba aktiviti atau menyertai rutin harian.
Aktiviti sensori tidak semestinya mahal. Gunakan rutin rumah untuk membantu anak mengurus input sensori dengan lebih baik.
Baca panduanRawatan ADHD kanak-kanakKetahui bagaimana penilaian awal dan terapi berstruktur boleh membantu kanak-kanak yang sangat aktif, impulsif atau sukar mengekalkan perhatian.
Baca panduanTerapi tingkah laku agresif kanak-kanakTingkah laku agresif boleh berkait dengan sensori, komunikasi, emosi atau rutin. Fahami cara terapi membantu anak membina respons yang lebih selamat.
Baca panduanTanda anak perlu Occupational TherapyKenali tanda anak mungkin perlukan OT seperti isu sensori, motor halus, fokus, emosi, makan, berpakaian atau kemahiran harian.
Baca panduan
Setiap sesi Occupational Therapy di JTC dijalankan secara 1-to-1 bersama terapis secara peribadi. Ini membolehkan kami menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rentak dan keperluan unik anak anda, tanpa paksaan.
"Di sini, ibu bapa tidak dibiarkan tertanya-tanya. Anda akan sentiasa tahu apa fokus setiap sesi dan mendapat feedback terus tentang cara membantu anak di rumah."
Assessment awal membantu kita memahami punca di sebalik cabaran anak, sama ada berkait sensori, motor, fokus, emosi atau rutin harian. Dari situ, cadangan terapi boleh dibuat dengan lebih jelas.
Kita mahu faham sebab di sebalik cabaran anak, bukan hanya melihat tingkah laku luaran seperti mengelak, menangis atau cepat marah.
Cadangan boleh dibuat dengan lebih jelas, sama ada OT sahaja atau perlu digabungkan dengan EIP, SRP atau Playgroup Therapy.
Ibu bapa tahu fokus awal, langkah susulan dan latihan ringkas yang boleh diteruskan dalam rutin harian di rumah.
Setiap therapist adalah terlatih dan komited untuk membantu perkembangan anak secara profesional di bawah seliaan Occupational Therapist berdaftar dengan MAHPC.

Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)
Mempunyai pengalaman klinikal yang luas dan mendalam dalam membantu kanak-kanak mengatasi kelewatan perkembangan fizikal dan neurologi. Beliau berdaftar secara sah di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHPC).
Kepakaran Utama

Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)
Fokus dalam membimbing kanak-kanak membina kemandirian diri dan kemahiran motor melalui aktiviti interaktif. Beliau berdaftar secara sah di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHPC).
Kepakaran Utama